cerita bermula seawal dibangku sekolah memang saya sangat berminat dengan kamera. Dulu hanya kamera biasa saja dan ahkirnya dapat sebiji beli SLR. Yashica FX3. Ke mana sahaja pergi pasti dengan Yashica FX3 ini.
 
Apa yang menarik minat ini membawa kepada Video Cam. Beli Video Cam menggunakan tape DV dan seringkali upah kedai untuk jadikan VCD. Sekeping Tape untuk dijadikan VCD harganya RM60.00. Hanya cerita sahaja yang ada. Apa yang kita ambil itulah yang ada dalam VCD. Kali pertama. ke dua…ke tiga… masih rasa seronok menonton apa yang kita ambil. Lama kelamaan sangat-sangat memboringkan.
 
Suatu hari adalah member yang buat Hiasan Pengantin ni, minta ambil gambar Video Perkahwinan. Kerja pertama dilakukan dengan cemerlang. Pengantin lelaki dan perempuanpun seronok tengok rakamannya. 2 hari jugaklah pergi ke rumah pengantin walaupun tidak duduk sepenuhnya di Majlis itu. Sekadar datang waktu-waktu penting sahaja. Dipendekkan cerita aku dapat upah RM550.00 untuk 3 tape yang aku ambil. Tiga Tape DV maka 3 keping VCD kedai tolong buatkan kena RM 180.00. Kedai buatkan hanya gambar kosong tanpa muzik latar….tanpa Transition…..Namun ada di tulis tajuk dan nama pasangan berkahwin.
 
Bermula di sini saya mencari tempat untuk belajar Sunting filem DV kepada VCD. Rasanya lebih dari 7 orang yang memang kerja ambil gambar Video Perkahwinan, menyatakan tidak punya masa untuk ajar aku. Kerana kita bersungguh-sungguh mahu belajar, Tiba-tiba muncul seorang rakan tunjukkan teknik-teknik Sunting VCD hanya satu malam sahaja. Terus mampu buat. (Dia ajar bukan Vegas Movie Studio 4).
 
Pada hari ini, Tempahan ambil gambar Video tiba-tiba ada je…. Sekeping CD aku cuma kenakan RM150.00-RM200.00 Namun harga kebanyakan orang RM300.00 - RM450.00. Mungkin murah sangat kut harga yang aku ambil…  itu yang banyak menerima tempahan.
 
Biasanya satu Majlis Perkahwinan kadang kala hampir 4 atau 5 keping VCD namun kebiasaannya hanya 1 atau 2 keping VCD sahaja. Kalau satu keping Harga RM200.00 tapi kalau dua dan seterusnya RM150.00 untuk satu keping VCD. Itu Harga saya.
 
Ada pulak tuduhan diterima.. Dia ambil harga rendah sebab Sunting VCD dibuat sendiri. Pasti tidak standart. Orang lain gambar Video dicuci di Kedai dan jadikan VCD. Mutu lebih standart. Faham sajalah VCD yang dibuat dikedai seperti  diceritakan mula-mula tadi. Hanya gambar yang diambil itu saja yang ada dalam VCD.
 
Risik-risik tanya pengantin. “Mana you tahu booking saya untuk ambil gambar Video nii.” Jawab pengantin spontan saja, “Saya tengok VCD yang abang buat, lengkap dengan lagu, muzik tema, siap ada gambar melayang-layang lagi.” Katanya sambil tersenyum, “Sayapun ada juga Video Cam tapi cuci kat kedai untuk jadikan VCD. Kosong jelah ceritanya  tak ada apa-apa effect” tambah pengantin lagi. Seperti biasa saya hanya senyum saja…..Senyum Cari Makan Beb….

Dari Pengalaman, kerja-kerja teknologi ni kalau anda mampu lakukan dengan baik…..anda akan tetap di cari.
Buat Bisness dengan Video Cam memang boleh buat Duit.
Dengan syarat anda mampu mengambil gambar dan mampu membuat suntingan DV sendiri. Cuci Gambar Video Cam ke VCD tak guna apa-apa mesinpun. Hanya sebuah Komputer dan programnya atau Installernya.
Ambillah peluang belajar dengan Suntingan Video mudah sebagaimana yang dijelas sejelas-jelasnya langkah demi langkah Toturial Vegas Movie Studio 4. Lebih menarik anda boleh bertuturial dengan penulis buku ini melalui email. Segala kesukaran dan masalah anda pasti terurai. Rasanya amat berbaloi harga yang ditawarkan untuk eBook Vegas Movie Studio edisi Bahasa Melayu ini.