Mon 22 Jan 2007
eBook Vegas Movie Studio edisi Bahasa Melayu
Manual Install Vegas Movie Studio 4.
Belajar editing menggunakan program Vegas Movie Studio 4 diterangkan dengan begitu detail, langkah demi langkah bagaimana melaksanakan kerja-kerja suntingan filem video. Bagaimana anda belajar berpandukan eBook?
Langkah demi langkah diperturunkan segala-galanya bermula dan mengikut masa anda. Setiap bab akan ditunjukkan dengan detail. Syaratnya anda memiliki gambar video yang telah anda ambil lebih kurang 15 hingga 20 minit. Dari gambar video itu anda memulakan sesi pembelajaran sendiri.
Bab pertama meliputi teknik install program vegas movie. Selepas berjaya install ke kamputer anda akan ditunjukkan pula cara penggunaannya. Install segala versi handycam bergantung kepada jenis handycam yang anda gunakan. Saya percaya setiap pembelian handycam telah dibekalkan dengan manual installasi ke komputer. Gunakan itu untuk menghidupkan handycam anda ke komputer.
eBook akan menerangkan bagaimana caranya anda memasukkan lagu latar, kemudian tulisan yang nak dipaparkan dalam video seterusnya transitionnya. Lebih menarik anda ditunjukkan bagaimana cara mendelete atau memotong babak-babak yang anda mahukan atau buang. Begitu juga bagaimana menyusun babak belakang nak dibawa ke depan dan sebaliknya.
Ahkir sekali sudah pasti ditunjukkan dengan detail untuk anda pindahkan keseluruhan hasil kerja anda ke dalam VCD atau DVD.
Teknik bagaimana anda ingin memotong babak-babak dalam VCD hollywood atau bollywood atau filem melayu juga diterangkan. Apalagi kalau anda ingin menghimpunkan lagu-lagu dari MTV untuk dijadikan satu VCD/DVD.
Sememangnya belajar dengan eBook atau buku ini akan menimbulkan masalah. Berguru dengan buku sudah pasti akan ada perkara yang anda tidak faham. Waktu ini anda boleh menggunakan email yang diberikan dalam eBook tersebut untuk meleraikan kekeliruan anda. NAMUN HANYA EMAIL YANG BERDAFTAR (PEMBELI) SAHAJA DILAYAN. berniaga beb……biasalah.
Berapa sebenarnya harga untuk anda belajar dikelas editing video. Mungkin anda ada jawapan sendiri. Crue editingdvd.net juga ada menganjurkan kelas sebegini. Kami kenakan bayaran antara RM600 hingga RM1000.00 mengikut lokasi hotel kursus dijalankan. Atas permintaan rakan-rakan amatur maka eBook ini disusun.
eBook yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Keseluruhan eBook ini sudah dicuba ke atas 7 pelajar sekolah menengah antara tingkatan 2 hingga 5. Kesemua mereka mampu menghasilkan VCD/DVD sendiri. Atas keyakinan inilah maka eBook ini dipasarkan untuk semua yang ingin memilikinya.